Skip to playerSkip to main content
Lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan sebilik

Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Isnin kerana membunuh rakan sebiliknya pada bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Aye Thun, 59, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742925/berita/lelaki-myanmar-didakwa-bunuh-rakan-sebilik

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbunuh #wargaasing #mahkamah
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Isnin kerana membunuh rakan sebiliknya pada bulan lalu.
00:07Tertuduh Aitan, 59 tahun, hanya mengangguk mengerti ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Malaysia terhadapnya.
00:15Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh lelaki yang dikenali sebagai Tambi Alayas Myanmar di rumah kongsi tapak pembinaan di Bandar Utama, Sungai Petani, kira-kira jam 9 malam pada 20 Julai lalu.
00:26Akibat perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:33Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh setakat ini.
00:37Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Comments

Recommended