00:00Seorang anggota imigresen berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Kuala Pilah pada Isnin atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau bulan lalu.
00:13Tertuduh, Muhammad Nasrul Mad Yassin, 38 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Yusna Khadijah Ahmad Yusof.
00:22Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan terhadap mangsa Khan Qasim dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Vivo, wang tunai RM440, wang dalam e-dompet Tej Ngo sebanyak RM210 serta pasport milik mangsa.
00:37Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 6.10 petang di tepi jalan kampung Miku Pindah, Rembau.
00:45Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments