Skip to playerSkip to main content
KPM tidak pernah lindungi sesiapa dalam kes Zara Qairina - Timbalan Menteri

Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi ketegasan tidak akan melindungi sesiapa termasuk golongan kenamaan sekiranya didapati terlibat dalam kes membabitkan Zara Qairina Mahathir, 13.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dibangkitkan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai spekulasi wujud penglibatan golongan kenamaan melibatkan kes Zara Qairina.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742911/berita/nasional/kpm-tidak-pernah-lindungi-sesiapa-dalam-kes-zara-qairina---timbalan-menteri

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ZaraQairina #KPM
Transcript
00:00Dari yang berhormat sempurna, pertama berkenaan dengan apa-apa kes buli saya, walaupun ia tidak berkaitan dengan soalan asal
00:08tetapi saya cuba bagi sedikit jawapan di sini yang mana, berkenaan dengan kesemua kes-kes yang berlaku sama ada kes disiplin
00:16ataupun kes buli di sekolah, PRKPM mempunyai garis panduan dan juga SPI yang berkuat kuasa dari masa ke semasa
00:25dalam kes Zara yang sekarang kita tahu bahawa perkembangan dari segi siasatan oleh polis
00:33isu ini sekarang dalam siasatan polis dan pihak KPM akan menyerang kepada pihak polis untuk membuat siasatan
00:40cuma KPM hendak menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana isu yang berkaitan dengan isu buli
00:49itu nombor satu dan nombor dua, KPM tidak akan dan tidak pernah pun cuba untuk melindungi siapa-siapa
00:56seperti yang dinyatakan dan juga seperti yang dinyatakan
01:00dan pada semua peringkat dan pada setiap masa material, KPM telah dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis
01:08dan untuk membantu segala siasatan dalam kes yang terbabit
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended