Skip to playerSkip to main content
‘Saya tak 'jual' ayah, saya cipta kenangan’ – Khairulfahmi

Tiada niat menjual bapa, sebaliknya perkongsian menjaga bapa uzur di TikTok adalah bagi mencipta kenangan indah untuk ditatap apabila mereka sudah tiada nanti.

Pempengaruh, Khairulfahmi Ismail, 38, berkata, dia tidak menyangka perkongsian sejak 2015 itu menarik perhatian ribuan pengguna media sosial untuk sama mengikut perkembangan bapanya, Ismail Ibrahim, 79, yang kini mesra dikenali sebagai Atok Online, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742871/edisi/melaka-ns/saya-tak-jual-ayah-saya-cipta-kenangan-ndash-khairulfahmi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #atokOnline #ciptakenangan #mediasosial

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiada niat menjual bapa, sebaliknya perkongsian menjaga bapa Uzo di TikTok adalah bagi mencipta kenangan indah untuk ditatap apabila mereka sudah tiada nanti.
00:09Pempengaruh Khairul Fahmi Ismail, 38 tahun berkata, dia tidak menyangka perkongsian sejak 2015 itu menarik perhatian ribuan pengguna media sosial untuk sama mengikut perkembangan bapanya, Ismail Ibrahim, 79 tahun yang kini mesra dikenali sebagai atok online.
00:26Menurutnya, bapanya seorang pesara tentera laut diserang strok sebelah kanan badan selepas mengalami pendarahan otak pada 2014.
00:35Sejak itu, katanya, bapanya memerlukan penjagaan sepenuh masa termasuk makan, mandi dan rawatan harian lain.
00:42Khairul Fahmi, anak kelima daripada enam beradik berkata, dia tinggal bersama bapanya sejak bujang dan meneruskan tanggungjawab menguruskan bapanya selepas berkahwin dibantu isterinya jika dia keluar bekerja.
00:54Khairul Fahmi yang kehilangan ibu pada 2021 diikuti neneknya pada 2022 memaklumkan, dia mula berkongsi video bapanya di TikTok sekitar 2015 untuk kenangan, tetapi menerima sambutan luar biasa beberapa tahun kebelakangan ini.
01:10Kini, atok online menjadi selebriti TikTok dengan ribuan pengikut yang menantikan siaran langsung setiap hari antara jam 6 petang hingga pukul 9 malam serta pada hujung minggu selepas sohor.
01:21Saya dah buat video lama lah dengan ayah kan, so saya nak buat kenangan dia sebenarnya, tapi lepas tu ayah pun dia jenis suka melawak, so saya sahaja buat konten tu untuk menjadi inspirasi yang berjaga mak ayah sekarang.
01:43dan ada yang stres jaga mak ayah, so saya jadikan video saya ni sebagai inspirasi untuk mengawal keadaan situasi ataupun situasi untuk meliaga mak ayah.
Comments

Recommended