Skip to playerSkip to main content
Insiden OKU: Tiada pintu penghadang platform di stesen LRT lama

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, reka bentuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak dilengkapi pintu keselamatan platform dikenal pasti sebagai antara punca insiden melibatkan penumpang terutama Orang Kurang Upaya (OKU).

Jelasnya, stesen rel terdahulu terutamanya stesen LRT direka bentuk tanpa penghadang fizikal di antara platform dan tren, berbeza dengan kemudahan terkini seperti stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang dilengkapi sistem keselamatan sepenuhnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu kelemahan utama yang telah dikenal pasti selepas tragedi seorang lelaki OKU penglihatan maut akibat terjatuh dan digilis tren di Stesen LRT Wangsa Maju pada Februari lalu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #OKU #pintukeselamatanplatform
Transcript
00:00Dan terima kasih atas keprihatinan kepada kebajikan dan juga keselamatan OKU.
00:05Memang betul apa yang disebut oleh Yabamad, ada kes-kes di mana OKU dan juga ada orang yang tak sengaja dia jatuh dalam platform.
00:14Dan antara gap yang kita kenal pasti ini ialah design stesen-stesen lama kita terutamanya di stesen-stesen LRT.
00:23Mereka ini tak ada pintu, ada platform dengan kereta api.
00:27Tetapi untuk stesen-stesen baru, terutamanya MRT Putrajaya, MRT Kajian lain, semuanya dia ditutup.
00:33Sebelum tren datang, memang ada gap dia, ada pintu dia yang akan menjadi penghadang di antara platform dengan tren.
00:42Apabila tren sampai, baru pintu dibuka.
00:45Tetapi untuk stesen-stesen LRT yang lama, umpamanya stesen di LRT Ampang lain, platform dengan rail tak ada apa-apa pintu.
00:54Jadi sekarang ini pihak prasarana sedang melihat cadangan untuk kita memasang, mungkin ada platform dengan rail.
01:05Walaupun bukannya 100% dapat menutup keseruhan gap tersebut, tetapi kita cuba meminimalkan.
01:13Supaya ada satu penghadang di antara platform dengan rail.
01:20Lama begitu, kita sentiasa ada, sementara ini ada pihak polis bantuan terhadapun dikerahkan di stesen-stesen.
01:28Dan memang pihak prasarana sedang melatih polis-polis bantuan supaya lebih sensitif apabila melihat ada golongan OKU yang berada di platform.
01:37Jadi untuk melaksanakan ini, memang memerlukan satu pembelanjaan yang cukup besar.
01:41Kerana kita kena redesign ke semua stesen-stesen rail ini.
01:45Dan juga memerlukan perutukan dan juga masa yang panjang.
01:48Jadi sementara ini, polis bantuan terdikerahkan untuk memastikan insiden-insiden seperti ini dapat diminimalkan.
01:55Terima kasih.
Comments

Recommended