00:00Seorang Sami didakwa di Mahkamah Session Alor Gajah pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.
00:10Tertuduh P. David 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil dihadapan Hakim Aiza Khairuddin.
00:20Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berkenaan di dalam bilik tidur sebuah rumah di Taman Melaka Perdana Alor Gajah antara jam 3 hingga pukul 4 petang pada 4 Julai lalu.
00:35Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 Kurungan B Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
00:49Mahkamah menetapkan 8 September depan untuk serahan dokumen.
Comments