Skip to playerSkip to main content
Warga emas maut dipukul anak guna kerusi kayu

Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul anaknya sendiri menggunakan kerusi kayu dalam kejadian menyayat hati di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai awal pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Mangsa, Othman Jusoh, 74, dipercayai diserang oleh anak lelakinya yang berusia 40-an di dalam rumah mereka sekitar jam 6.30 pagi, ketika sedang bersiap menunaikan solat Subuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742191/berita/semasa/warga-emas-maut-dipukul-anak-guna-kerusi-kayu

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemasmaut #dipukulanakkandung #gunakerusi #kelantan
Transcript
00:00Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul anaknya sendiri menggunakan kerusi kayu dalam kejadian menyayat hati di kampung Kuala Gris, Kuala Krai awal pagi rabu.
00:11Mangsa, Uthman Juso, 74 tahun, dipercayai diserang anak lelakinya yang berusia 40-an di dalam rumah mereka sekitar jam 6.30 pagi ketika sedang bersiap menunaikan solat subuh.
00:23Isteri mangsa, Rohana Che Dawud, 63 tahun berkata, dia menemui suaminya dalam keadaan terlentang di atas sejadah dengan kepala berlumuran darah sebaik pulang dari solat berjemaah di masjid berhampiran.
00:53Mak cik balik lah, anak tubik tu mak cik balik, dia ambil posi, dia teker pulak.
00:58Mula mak cik tegur tu, dia bertimbang tak, dia duduk caca, tengok.
01:04Kata, mak cik tubik malik, ayak-ayak dekat rumah ni.
01:08Dia pun ambil posi, teker pulak balik.
01:11Tapi tak haruh tak gerak tu, mak cik balik, malik-malik tu.
01:16Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamad mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended