Skip to playerSkip to main content
Tiga individu didakwa bunuh lelaki tunjuk kemaluan

Tiga individu termasuk pemandu lori, pekerja pasar raya dan mekanik didakwa di Mahkamah Majistret, di Jasin pada Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, KKrishnamorthy, 66; Mohd Azmi Mohd. Nor, 34, dan M Yogesvaran, 25, bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742141/berita/semasa/tiga-individu-didakwa-bunuh-lelaki-tunjuk-kemaluan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #sebabkankematikan
Transcript
00:00Tiga individu termasuk pemandu lori, pekerja pasar raya dan mekanik didakwa di Mahkamah Magistrat di Jasin pada Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.
00:10Tertuduh K. Krishnamethi 66 tahun, Mohd Azmi Mohd Nur 34 tahun dan M. Yogiswaran 25 tahun bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Magistrat Mazana Sining.
00:23Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama-sama didakwa bagi mencapai niat bersama telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas K. Gunalan 52 tahun.
00:35Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta di Bandar Jasin Bestari, Jasin antara jam 7.37 malam sehingga pukul 8.59 malam pada 27 Julai lalu.
00:45Pendakwaan terhadap mereka bertiga dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
00:57Mahkamah kemudian menetapkan 8 September depan sebagai sebutan semula kes.
01:02Sinar harian pada 28 Julai lalu menyiarkan seorang penganggur maut didakwa dipukul secara beramai-ramai yang berang dengan tindakan mangsa menunjukkan kemaluan di kalayak ramai di parkir sebuah pasar raya.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended