00:00Seorang pekerja muzium didakwa di Mahkamah Session George Town pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan di sebuah hotel Julai lalu.
00:11Tertuduh Chong Aiti, 18 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Swainben di Mahkamah Session 2.
00:20Menurut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai penjaga kaunter di muzium tersebut didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh kemaluan mangsa yang berusia enam tahun.
00:31Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah muzium yang berada di sebuah hotel terletak di Georgetown kira-kira jam 4 petang pada 31 Julai lalu.
00:41Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.
00:47Kes ditangguhkan ke-6 Oktober ini bagi proses serahan dokumen dan pelantikan peguam.
Comments