Skip to playerSkip to main content
23 September tarikh pengurusan kes dua ADUN Sabah, Albert Tei

Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan bagi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa berkaitan rasuah dalam prosiding di Mahkamah Rasuah Khas di Kota Kinabalu pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy hadir dalam prosiding tersebut, masing-masing berada di kandang tertuduh ketika dipanggil.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741973/berita/semasa/23-september-tarikh-pengurusan-kes-dua-adun-sabah-albert-tei

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #AdunSabah #mahkamah
Transcript
00:00Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarif pengurusan kes pra-perbicaraan bagi dua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang didakwa berkaitan rasuah dalam proseding di Mahkamah Rasuah Khas di Kota Kinabalu pada Selasa.
00:17Adun Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yaakob dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandi hadir dalam proseding tersebut, masing-masing berada di kandang tertuduh ketika dipanggil.
00:28Tarif sama turut ditetapkan bagi seorang ahli perniagaan, Datuk T. Jian Cheeng atau lebih dikenali sebagai Albert T., yang mengikuti proseding secara dalam talian dari bilik mahkamah berkenaan.
00:41Tarif tersebut ditetapkan bagi penyerahan beberapa dokumen tambahan oleh pihak pendakwaan, termasuk dokumen forensik, rekod telekomunikasi dan dokumen berkaitan imigresen.
00:51Dr. Yusof sebelum ini didakwa pada 30 Jun lalu atas pertuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 daripada tertuduh,
01:01Jian Cheeng sebagai dorongan untuk membantu menguruskan permohonan sebuah syarikat mendapatkan lesen mencari gali mineral di Sabah.
01:09Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 16 Kurungan A Akta SPRM 2009, Akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Kurungan 1 Akta Sama.
01:23Sementara itu, Andi Muhammad Suryadi yang juga pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah,
01:31turut didakwa menerima suapan wang tunai sebanyak RM150,000 daripada individu sama bagi tujuan yang sama.
01:39Beliau turut mengaku tidak bersalah dalam proseding terdahulu.
01:42Albert pula menghadapi dua pertuduhan iaitu memberi suapan sebanyak RM200,000 kepada Dr. Yusof dan RM150,000 kepada Andi Muhammad Suryadi.
01:53Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended