Skip to playerSkip to main content
Kerajaan sedang dapatkan kelulusan 614 'body one camera'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan petugas di Jabatan Imigresen pintu masuk utama negara khususnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) masih dalam proses POC, perolehannya akan dilakukan pada September 2025, dengan harapan akan dapat kelulusan 614 body one camera (kamera badan) dan dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #bodyonecamera #kamerabadan #KDN #KLIA
Transcript
00:00Berikut saya senaraikan usaha yang dibuat oleh KDN untuk membenteras manipulasi ini.
00:11Pertama, kita ke arah pendigitilan perkhidmatan.
00:18Khususnya memperluaskan penggunaan autogate dan ini akan meminimalkan interaksi manusia di pintu masuk.
00:25Dengan menggunakan autogate, saringan pergerakan keluar masuk pengembara atau travelers akan dilaksanakan secara digital sepenuhnya
00:35tanpa melibatkan kuasa budi bicara pegawai lagi.
00:43Rencananya adalah kita akan mempunyai 635 autogate di 123 pintu masuk di bawah EKPS.
00:52Bermula Desember ini, kita akan adakan di Kompleks Sultan Abu Bakar, Bangunan Sultan Iskandar Johor
01:01KLIA 1 dan 2, Lapangan Terbang Kuching, Lapangan Terbang KK, Lapangan Terbang Pulau Pinang.
01:11Ini dan Masj 28 nanti, kita akan lakukan rollout ke semuanya.
01:17Jadi itu langkah ke depan, bila kita bergerak ke arah perkhidmatan pendigitilan, autogate,
01:24rekodnya adalah biometrik, facial recognition, iris, tampil semuanya itu.
01:29Dengan sendirinya, manipulasi yang saya senaraikan itu akan dapat kita atasi.
01:35Yang kedua, kita sekarang dalam proses POC untuk pemakaian body-worn camera.
01:40petugas kita di imigresen, jabatan imigresen pintu masuk utama negara, khususnya KLIA.
01:47Sekarang ini proses POC.
01:49Perolehannya akan kami lakukan pada September tahun ini.
01:53Dengan harapan kami akan dapat kelulusan 614 body-worn camera.
01:58Dan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan bagi mengelakkan insiden yang kita sebut.
02:04Yang ketiga adalah kita juga lakukan kerjasama strategik dengan polis diraja Malaysia,
02:13Malaysia Airport Berhad dan Pasokan Keselamatan Penerbangan.
02:16Yang ini, pada hujung tahun ini, kita akan laksanakan apa yang kita sebut sebagai
02:22Advanced Passenger Screening System.
02:24Dia ada dua.
02:25Satu, kita panggil Advanced Passenger Information.
02:30Yang ini akan membabitkan 10 syarikat penerbangan daripada 56 kesemuanya yang beroperasi.
02:37Hujung tahun ini akan bermula 10 airline yang pertama.
02:42Dengan sendirinya maklumat ketibaan travelers ke negara kita, kita akan dapat ketahui lebih awal
02:48sebelum dia menjejakkan kaki.
02:50Yang terakhir, Tuan Sian Pertua, ialah kita anjurkan program kesedaran latihan pengukuhan aktiviti
02:56berdasarkan kepada plan anti-rasuah imigresen.
03:00serta kerjasama strategik dengan SPRM, polis dan agensi lain.
03:04Ini, kitalah laksanakan sehingga 185 kursus kesedaran seperti ini.
03:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended