00:00Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah dengan berselindung menggunakan peket minuman seperti kopi dan jus dalam serbuan di dua pangsapuri di sekitar Johor baru hujung bulan lepas.
00:11Ketua Polis Johor Dato' M. Kumar berkata, dalam serbuan antara jam 2 suku petang, 25 Julai hingga 12.30 tengah malam keesokannya, polis merampas sejumlah dadah dianggar bernilai lebih 4.9 juta ringgit.
00:25Seorang wanita warga Vietnam berusia 31 tahun ditahan di sebuah pangsapuri berpagar pada 25 Julai dipercayai dalam utama dalam pemprosesan dan pembungkusan semula dadah.
00:38Saringan air kencing mendapati wanita berkenaan positif dadah jenis ketamin.
00:43Hasil pemeriksaan, polis menyerbu satu lagi unit pangsapuri pada 26 Julai yang dipercayai menjadi lokasi pembungkusan semula dadah.
00:52Dadah dirampas dalam kedua-dua serbuan itu terdiri daripada 29,219 gram serbuk ekstasi, 131 gram pil ekstasi dan 20 gram ketamin dianggar bernilai 4.9 juta ringgit.
01:07Polis merampas sejumlah peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dan membungkus dadah, wang tunai RM3,000, wang tunai RM193 Singapura serta pelbagai barang kemas bernilai lebih RM34,000.
01:24Siasatan mendapati suspek turut mencampurkan bahan dadah dengan ramuan lain seperti serbuk kopi dan perasa,
01:31lalu dimasukkan ke dalam peket minuman yang lazim di pasaran tempatan, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan memudahkan pengedaran.
01:41Peket-peket ini dijual sekitar RM250 seunit yang dipercayai menyasarkan pasaran tempatan dan menjualnya secara dalam talian serta melalui rangkaian pengedar tertentu.
01:52Sehubungan dengan itu, polis meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang individu dikenali Terence K. Kekding, 35 tahun, berasal dari Sarawak yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.
02:05Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Kurungan 3 Akta Imigresen 1959 Palang 63.
02:22Terima kasih kerana menonton!
Comments