Ketua Turus Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir, sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan sekiranya rundingan dengan Hamas gagal disambung semula.
00:00Ketua Turus Tentera Israel, Lieutenant General Eyal Zamir, sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan sekiranya rundingan dengan Hamas gagal disambung semula.
00:09Menurut laporan Akbar Yadiyoth Akronoth, Zamir kini dalam dilema selepas hubungannya dengan kepimpinan politik Israel dikatakan bergolak dan peletakan jawatan mungkin pilihan terakhir jika kebuntuan berlarutan.
00:21Sumber yang dipetik dalam laporan itu mendakwa ketegangan yang tercetus bukan lagi sekadar pergeseran biasa antara institusi ketenteraan dan politik.
00:33Sebaliknya, beberapa menteri kabinet didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pasukan tentera semasa mesyuarat.
00:40Saluran televisyen Israel Channel 12 melaporkan Zamir sudah bosan dengan perpecahan antara pihak politik dan ketenteraan serta mendesak Benjamin Netanyahu supaya segera membuat keputusan jelas mengenai hala tujuh perang di Gaza.
00:56Menurut laporan itu, Perdana Menteri Israel masih mengelak daripada menyatakan pendirian tegas berkaitan dasar negara sekaligus meletakkan seluruh beban konflik Gaza di atas bahu pasukan tentera.
01:10Sejak 7 Oktober 2023, Israel terus menolak gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan dan meneruskan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang disifatkan masyarakat dunia sebagai paling dahsyat dalam sejarah modern.
01:27Setakat ini, lebih 60,000 penduduk Palestine sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh.
01:34Manakala genting Gaza hampir musnah sepenuhnya akibat pengeboman berterusan yang turut menyebabkan krisis kekurangan makanan dan bantuan kemanusiaan.
Be the first to comment