Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Penetapan gaji minimum RM2,000 dibuat selepas kajian dan libat urus menyeluruh. Kadar baharu berkuat kuasa Jun 2027, manakala PMKS tertentu diberi pengecualian bagi menyesuaikan operasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, penetapan kadar gaji minimum RM2,000 dibuat berdasarkan kajian menyeluruh terhadap keadaan ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan pekerja
00:08dan majikan.
00:09Menurut pengurusi Majlis Perundingan Gaji Negara MPGN, Tan Sri Zainal Rahim Seman, kajian dan sesi libat urus dengan semua pihak
00:17berkepentingan termasuk ahli akademik dilaksanakan bermula awal tahun ini
00:21bagi mengumpul data terkini sebagai asas analisis dan unjuran penetapan kadar gaji berkenaan.
00:28Jelasnya, kerajaan memberikan panduan dan pihak pekerja memberikan pandangan masing-masing termasuk majikan.
00:34Zainal Rahim turut berkata penetapan kadar gaji minimum perlu mengambil kira keperluan pekerja untuk memperoleh pendapatan yang munasabah
00:41bagi menampung kos kehidupan dan meningkatkan kuasa beli tanpa mengabaikan keupayaan majikan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:50Beliau berharap majikan akan bersama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk merealisasikan kadar gaji baharu itu.
00:55Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Syuan Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000
01:03berkuatkuasa Jun 2027
01:05yang akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta pekerja.
01:09Anwar berkata PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baru itu
01:15bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan.

Recommended