00:00Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Magistret Teluk Intan pada rabu atas pertuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya dua minggu lalu.
00:09Tertuduk M. Shobna, 37 tahun, hanya menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dihadapan Magistret Nair Dato' Adhira Azman.
00:19Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:25Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa telah membunuh M. Sumati, 66 tahun, di bilik sebuah rumah di Taman Indah Jaya, Teluk Intan, sekitar jam 3 pagi pada 15 Julai lalu.
00:38Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati,
00:50hendaklah dikenalkan hukuman tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
00:56Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 11 September ini bagi mendapatkan laporan berdas siasat.
01:04Terdahulu, seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dicekik kekasih anak lelakinya akibat perselisihan faham.
01:11Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisional Dr. Bakri Zainal Abidin berkata,
01:17siasatan mendapati mangsa dijumpai terbaring di sebuah bilik tidur.
01:22Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur-unsur mencurigakan sekaligus
01:27membawa penahanan anak lelaki mangsa berusia 36 tahun dan teman wanitanya.
01:32Kedua-dua suspek kemudian telah direman dan hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati kedua-dua positif dadah.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments