Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dikenali sebagai Ija dan adiknya yang membuat laporan palsu dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas Tengku Nizaruddin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.
00:00Pempengaruh Permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainuddin, 38 tahun, dikenali sebagai Ija dan adiknya yang membuat laporan palsu dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Magistrat MUA pada Jumaat.
00:17Magistrat Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas Tengku Nizaruddin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.
00:30Mahkamah memutuskan Ija boleh dipenjara 3 bulan manakala Tengku Aziz 6 bulan jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan pada Jumaat.
00:41Sebelum ini, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.
00:50Perkara itu terbongkar selepas wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersubahat dengan adiknya.