'Jangan terpedaya penipuan pendaftaran program SARA'
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana ia dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.
Menurutnya, tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warga Malaysia memandangkan kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengenai proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima serta berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.