Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Iran benarkan pasukan teknikal IAEA ke Tehran untuk bincang kerjasama nuklear, susulan ketegangan dan serangan udara Israel-AS bulan lalu.
Transcript
00:00Iran setuju untuk membenarkan satu pasukan teknikal daripada Agensi Pematauan Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB melawat negara itu dalam beberapa minggu akan datang.
00:11Ibalan Menteri Luar Iran, Qazim Qari Babadi memberitahu kunjungan itu bagi membincangkan hubungan antara agensi tenaga atom antarabangsa IAEA dan Tehran.
00:21IAEA tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkembangan terbaru ini namun agensi itu memaklumkan Ketua Pengarahnya Rafael Rossi sedang berinteraksi secara aktif dengan semua pihak yang terlibat dalam isu nuklear Iran.
00:37IAEA sebelum ini mempertahankan pendirian untuk mereka meneruskan semula pemeriksaan di Iran.
00:42Ini selepas serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat bulan lalu yang bertujuan memusnahkan program nuklear Iran dalam usaha menghalang Tehran daripada membina senjata nuklear.
00:53Tehran menafikan dawaan bahawa mereka sedang membangunkan senjata nuklear dan menegaskan bahawa program nuklear mereka adalah semata-mata untuk tujuan awam.
01:02Gari Babadi turut memaklumkan beliau akan ke Istanbul pada Jumaat untuk mengadakan pertemuan dengan wakil dari Britain, Perancis dan Jerman.
01:10Ketiga-tiga negara itu bersama China dan Rusia merupakan pihak yang masih kekal dalam perjanjian nuklear 2015 yang ditinggalkan oleh Amerika Syarikat pada 2018.
01:21Di bawah perjanjian itu, sekatan terhadap Iran dilonggarkan sebagai pertukaran kepada sekatan terhadap program nuklear negara tersebut.
Comments

Recommended