00:00Malaysia mengambil pendirian bahawa Iran berhak menyerang kembali rejim Zionis Israel, biarpun ada kemungkinan ia tidak disenangi negara-negara barat.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri mengambil inisiatif untuk menghubungi Presiden Iran, Masud Pazashkian, untuk menyatakan sokongan Malaysia pada bulan lepas selepas negara itu diserang Israel.
00:22Tegasnya lagi, tidak banyak negara-negara Islam yang berani menyatakan pendirian secara terbuka kerana Iran sedang menerima tekanan hebat daripada negara-negara barat yang menukup Israel, khususnya Amerika Syarikat.
00:37Saya tekankan sebentar tadi, termasuk bicara dengan Presiden Iran yang sebenarnya tidak ramai dengan negara termasuk negara Islam yang berani bicara.
00:47Kerana kontribusi dan tekanan yang Iran hadapi dengan negara-negara barat, khusus termasuk Amerika Syarikat.
00:55Tapi kita terpaksa lakukan kerana Iran juga dizalimi dalam kes ini dan Iran bagi kita berhak serang balas terhadap kezaliman Israel.
01:05Jadi Israel ini salah satu negara pengganas dalam dunia ini yang nampak terus melakukan jenayah, perang dan genocide tanpa diskat oleh dunia kerana didukung oleh beberapa negara barat termasuk Amerika Syarikat.
01:24Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hululangat Muhammad Sani Hamzan sewaktu sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
01:30Muhammad Sani ingin mengetahui pendirian kerajaan terhadap sikap negara-negara besar, khususnya di dunia Arab, yang seolah-olah berpeluk tubuh melihat kekejaman Israel di Asia Barat.
01:42Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, Peranan Menteri berkata,
01:46Kerajaan mengambil maklum tentang risiko yang bakal dihadapi kerana terlalu lantang, khususnya dalam keadaan Malaysia masih berunding dengan Amerika Syarikat berkenaan isu tarif.
Comments