00:00Yang berhormat Perdana Menteri, Malaysia konsisten, tegas dan lantang dalam melawan Kuat Zainis dan dalam membela hak Palestine.
00:08Kadang-kadang kelantangan kita itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara.
00:15Persoalan saya pada 1 Ogos ini, Malaysia bakal dikenakan tarif tambahan 25%.
00:20Walaupun Presiden Trump diumumkan ini berkenaan soal ekonomi sahaja,
00:24tetapi kalau kita lihat apa yang dikenakan ke atas Brazil yang jelas bukan kerana surplus atau defisit
00:30tetapi kerana kemarahan Trump kepada kawannya yang bakal dipenjarakan.
00:36Persoalan saya, adakah ketegasan yang maklumat Perdana Menteri dan kelantangan Malaysia
00:40ada diambil kira oleh Puan Amerika Syarikat yang mungkin nak kenakan tarif tambahan
00:46kerana kelantangan kita dalam membela hak Palestine dan adakah kerajaan Malaysia bersedia
00:51untuk berkompromi dalam bab ini?
00:53Terima kasih.
00:54Silakan, Man Menteri.
00:56Terima kasih, Mua. Kita masih ada waktu sehingga Ogos.
01:00Dan rundingan masih diteruskan.
01:04Saya tidak mahu pre-empt tetapi dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan,
01:09HACSES di Singapura dan Mark Rubio ke sini baru-baru ini,
01:15walaupun disinggung hal itu tapi tidak menjadi isu pokok dalam perjalanan dengan mereka.
01:22Tarif di Malaysia itu masih lebih rendah daripada Vietnam atau Cambodia, Thailand.
01:30Tetapi kita tidak anggap keputusan Amerika itu adil.
01:35dia unilateral, dia melanggar semua prinsip-prinsip WTO dan perdagangan antarabangsa dan perjanjian telah ditermenterai.
01:47Dan kita telah suarakan.
01:49Dan benar, Mua sebutkan kerana kelantangan Brazil dan Presiden Brazil,
01:53sebab kita Presiden Lula yang insya Allah akan sampai di sini bulan Oktober,
01:58dia telah berjanji untuk datang dan rasa senang untuk hadir.
02:03Dia oleh kerana kelantangan dia menyerang Amerika Syarikat atas soal genocide di Gaza
02:10dan menentang langkah-langkah unilateral untuk menekan negara berkembang,
02:15termasuk yang terlibat dalam BRICS kerana Presiden Lula Brazil itu menganjurkan sidang BRICS baru-baru ini,
02:22maka dikenalkan 50% tarif.
02:25Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lalu,
02:30masih belum ada tanda-tanda,
02:32tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan.
02:38Yang besar ialah kerana E&E,
02:41semiconductor dan chips,
02:43kerana pengeluaran kita itu,
02:45seperti yang pernah saya sebut di Dewan,
02:4760% dari pengeluaran kita itu ke Amerika Syarikat.
02:51Tapi di sebaliknya,
02:53Amerika Syarikat juga memerlukan chips dan E&E dari Malaysia,
02:58sekitar 25% dari keperluan Amerika Syarikat.
03:02Jadi kita harap dan doa insya Allah dapat diselesaikan dengan baik,
03:06tetapi apapun kesan ataupun ugutan ataupun bantahan mereka dalam soal pendirian kita
03:13dalam isu Palestine, Gaza atau hubungan baik kita dengan Iran,
03:17itu tidak akan merubah pendirian kita tegas
03:20sebagai negara berdeka dan berdaulat menyuarakan pandangan kita.
03:24Terima kasih telah menonton!
Comments