Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Iran menegaskan program pengayaan nuklearnya tidak akan dihentikan meskipun mengalami kerosakan serius akibat akibat serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel bulan lalu.
Transcript
00:00Kembali rutinan ini diteruskan dengan laporan antarabangsa, Iran negaskan program pengayaan nuklearnya tidak akan dihentikan meskipun mengalami kerosakan serius akibat serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel bulan lepas.
00:14Menteri luarnya Abbas Araqqi berkata dalam satu tumbuh bersama Fox News, pengayaan nuklear adalah pencapaian penting hasil usaha saintis tempatan dan ia melibatkan soal maruah negara.
00:30Tapi tentu kita tidak boleh berhentikan pencapaian kita kerana ia adalah pencapaian pencapaian kita sendiri dan sekarang lebih daripada itu, ia adalah percayaan pencapaian nasional.
00:46Serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel telah menyebabkan kerosakan besar terhadap tiga tapak nuklear Iran termasuk kemudahan Fordow yang dilaporkan mengalami kemunduran sehingga dua tahun dalam keupayaan pengayaan.
01:01Walaupun Iran mengekalkan pendirian bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan tenaga awam, pakar keselamatan terbangsa memberi amaran bahawa negara itu mungkin mampu menghasilkan senjata nuklear dalam masa beberapa minggu.
01:14Iran menolak cadangan Amerika Syarikat untuk menyertai konsultium nuklear bersama negara seperti Emirat Arab Bersatu dan Arab Saudi bagi mendapatkan uranium yang diperkaya untuk kegunaan tenaga.
01:24Arachie turut menyatakan bahawa tiada rancangan untuk memulakan rundingan baru dengan Washington walaupun tekanan antarabangsa semakin meningkat menjelang tarikh akhir perjanjian nuklear pada Ogos ini.
Comments

Recommended