Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri menegaskan bahawa rundingan dalam Treties 2023 belum dimuktamadkan dan tertakluk kepada klausa non-disclosure, seperti amalan antarabangsa termasuk di Indonesia.

Menurut beliau, mana-mana perjanjian antarabangsa yang belum dimuktamadkan tidak boleh didedahkan secara terbuka kerana masih dalam proses perundingan tertutup.

“Tiada persetujuan dimeterai, kawasan yang dipertikaikan juga tidak termasuk dalam mana-mana perjanjian yang sedang dirunding. Isu ini masih dikaji dan dikekalkan (KIV),” katanya. Menyentuh isu Laut Sulawesi dan keputusan ICJ 2002 berkenaan Sipadan, beliau menjelaskan bahawa Malaysia belum bersetuju dengan tuntutan Singapura mengenai sempadan maritim yang baru.

Katanya, tuntutan tersebut adalah berdasarkan tafsiran sebelah pihak, dan Malaysia mempunyai hujah kukuh dari segi sejarah dan kajian, termasuk isu minyak dan gas yang berada di kawasan bertindih dasar laut antara Malaysia dan Indonesia.

#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, pertama, mengapa Triti 2023 itu tidak dihebahkan?
00:09Sila saya jawab, mana-mana menteri pun ada, mana-mana runingan dengan negara yang belum final dan konklusif,
00:19dia masuk dalam agreement itu non-disclosure, sementara difinalise.
00:26Isu-isu boleh kita bincang secara tertutup, sebab dalam sistem di Indonesia,
00:33dia non-disclosure sehingga dibawa kepada MPR, melalui pemerasyaratan rakyat.
00:40Begitu juga kita, tak boleh.
00:42Dalam agreement itu, one of the provisions is non-disclosure sehingga final.
00:47Okey, baik.
00:49Saya dah tegaskan di parlamen bahawa dalam persetujuan itu pun, walaupun non-disclosure,
00:53dia tak termasuk kawasan ini, kawasan ini tak termasuk,
00:57kerana ini belum dipersetujui, yang disetuju itu kawasan lain.
01:03Baik, belum, tidak ada persetujuan.
01:06Baik, bila dia tak ada persetujuan, dia KIV.
01:09Okey, itu tentang Triti 2023.
01:112023, tapi dibawa tentang Sipadan Digitan.
01:18ICJ, keputusan ICJ 2002.
01:20Keputusan itu memang bagi kita, tafsiran kita, bila kita buat, kita ada kita punya boundary.
01:26Sama macam krisis kita, bukan krisis, kontroversi kita dengan Singapura yang belum selesai.
01:33Sebahagian kata, oh, batu selesai.
01:35Tak, bila batu putih selesai, dia tuntut ikut kawasan sempadan baru.
01:42Maritime boundary berdasarkan apa yang dia miliki.
01:44Sama metam kita, tapi kita tidak bersetuju.
01:47Apa yang dituntut oleh Singapura, belum dapat persetujuan kita.
01:51Kerana dia minta itu bagi saya, bagi Malaysia, itu tuntutan berdasarkan tafsiran dia.
01:57Begitu juga, bila kita buat, tuntutan kita.
02:00Dan kita ada argumen yang kuat, macam saya kata, minyak dalam peta ini.
02:05Memang betul.
02:06Walaupun minyak ini, dia lah dasar laut, dia masuk juga ke kawasan Indonesia.
02:10Minyak dan gas, dia bukan sebenarnya ke kawasan Malaysia.
02:13Kita kata, dari segi kajian 1979 itu, itu minyak banyak sebelah kita, tapi tidak sebelah dia.
02:21Jadi kalau kita korek, itu kena dapat persetujuan dia.
02:24Sebab minyak itu, dia tak tunggu, dia tak ada sempadan di bawah dasar laut.
02:30Dia pertikai.
02:32Jadi pilihan kita sebagai negara sahabat, rundinglah.
02:36Itu dia kedudukan.
02:37Kita pertahankan kedudukan kita.
02:40Baik.
02:40Kita tak kompromis.
02:42On record, we have not agreed.
02:45Belum ada apa-apa persetujuan dalam soal laut Sulawesi ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended