00:00Presiden Donald Trump menyertai pemimpin syarikat gergasi teknologi dan tenaga Amerika Syarikat dalam satu sidang kemuncak di Pittsburgh pada Selasa.
00:09Berucak dalam Energy and Innovation Summit di Universiti Carnage Mellon, Trump berkata Amerika akan terus bersaing dengan China secara sangat mesra.
00:20Beliau merujuk kepada persaingan strategik antara dua kuasa besar dunia dalam sektor teknologi.
00:25Sidang dua hari itu menghimpunkan tokoh-tokoh utama daripada syarikat seperti Meta, Microsoft, Alphabet dan ExxonMobil bagi membincangkan usaha menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam teknologi AI.
00:38Ia turut menunjukkan pakatan yang semakin erat antara teknologi, tenaga dan geopolitik ketika AI semakin dominan dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan dan pengurusan korporat.
00:49Trump bersama pengajus sidang Senator Dave McCormick dari Pennsylvania mengumumkan pelaburan berjumlah $90 bilion dalam sektor AI dan tenaga di negeri tersebut.
01:00Dalam persaingan sengit untuk memenuhi permintaan tenaga bagi pusat data berintensif tinggi AI, syarikat-syarikat teknologi utama kini berlumba untuk mendapatkan bekalan elektrik.
01:09Pada hari yang sama, Google mengumumkan perjanjian elektrik bernilai $3 bilion manakala Core Wave mendedahkan projek pusat data AI bernilai $6 bilion.
01:20Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Trump merancarkan perang perdagangan global mengenakan sekurang-kurangnya 10% tarif ke atas banyak negara dan lebih tinggi ke atas setengah pihak.
01:30Ini sebagai sebagian daripada usaha menyusun semula perdagangan dunia serta mengatasi China dalam sektor strategik seperti AI.
01:39Terima kasih.
Comments