Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bersidang pada Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025 sebulat suara meluluskan pelantikan bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat FAM.
Transcript
00:00Tansri Hamidin Muhammad Amin sah diangkat selaku Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM selepas diumumkan dalam Kongres Luar Biasa sebentar tadi.
00:15Pelantikan Hamidin sebagai Presiden Kehormat FAM adalah berdasarkan kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan antarabangsa selama lebih 30 tahun.
00:31Kepertaan tersebut dibuat berdasarkan pengaruhnya di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Konfederasi Bola Sepak Asia AFC serta Persekutuan Bola Sepak ASEAN EFF.
00:43Bekas Presiden FAM 2018-2024 itu tidak mempertahankan jawatannya untuk memilih menamatkan perkhidmatan pada 15 Februari lalu.
00:55Namun perlu difahami jawatan Presiden Kehormat itu tidak mempunyai kuasa eksekutif, allowance atau sebarang gaji.
01:02Berdasarkan rekod, jawatan itu pernah disandang oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah pada 2014 selepas baginda melepaskan jawatan Presiden FAM ketika itu.
01:12Sekaligus, menjadikan Hamidin bakal individu kedua menerima pengiktirafan sama.
01:17Perlantikan ini lebih bersifat penghormatan kepada jasa dan sumbangan besar Hamidin sepanjang mengetuai badan indok itu.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended