00:00Halangan terakhir bagi ratusan graduan perubatan yang dilatih melalui laluan selari untuk didaftarkan secara rasmi dalam daftar pakar kebangsaan akhirnya selesai, mengakhiri ketidaktentuan dialami mereka selama setahun.
00:17Semalam Menteri Kesihatan Zulkif Li Ahmad mengumumkan beliau menandatangani perintah menteri bagi menguatkuasakan pindaan Akta Perubatan 1971 mulai 1 Julai.
00:28Pindaan itu akan membolehkan kelayakan daripada program laluan selari Universiti Asing yang terlibat terangkum dalam senarai yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia.
00:40Zulkif Li berkata langkah ini bukan hanya tentang pindaan undang-undang tetapi tentang masa depan sistem kesihatan negara.
00:48Rang undang-undang perubatan pindaan 2024 diluluskan pada Julai lepas susulan tekanan yang semakin meningkat daripada kumpulan profesional dan ahli parlimen.
01:01Pindaan itu digubal berikutan kontroversi mengenai keengganan MPM mengiktiraf program laluan selari tertentu seperti kelayakan pembedahan kardiotorex daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh walaupun pakarnya kurang di hospital kerajaan.
Be the first to comment