00:00Pakar berbeza pendapat mengenai penubuhan Kementerian Baharu untuk menjaga kepentingan Bumi Putra seperti dicadangkan bekas tiga Dewan Negara, Rais Yatib.
00:10Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia, Azim Fazwan Ahmad Farouk berkata,
00:16lebih baik utamakan penyelarasan antara agensi sedia ada bagi mengelakkan pertidikan fungsi dan bagi mengatasi kecelaruan dalam pelaksanaan dasar.
00:25Beliau menambah bahawa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat dan Unit Penyelarasan Agenda Bumi Putra bawah Jabatan Perdana Menteri sudah memainkan peranan penting dalam pembangunan Bumi Putra.
00:38Beliau berkata penubuhan sebuah kementerian baharu adalah tidak perlu kerana sudah ada terlalu banyak agensi.
00:45Rais mencadangkan penubuhan Kementerian Pembangunan Bumi Putra ketika Konvensyen Melayu 153 yang dirasmikan bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad Sabtu lalu
00:58sebagai langkah untuk memperkukuh kedudukan golongan itu dalam ekonomi negara.
01:03Sementara itu Azmi Hassan dari Akademi Nusantara yang menyokong cadangan tersebut berpendapat,
01:09penubuhan Kementerian Berkenaan perlu disegerakan bagi mengelakkan kebergantungan kepada parti memerintah
01:15serta mengatasi pelbagai interpretasi terhadap pelaksanaan Artikel 153 supaya dasar yang lebih konsisten dapat dilaksanakan.
Comments