Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Usaha mencari dan menyelamat seorang pendaki wanita warga Brazil, Juliana Marins, berakhir tragis apabila mayatnya ditemui di dasar gaung sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Lombok — lima hari selepas tergelincir ketika mendaki di laluan berbahaya Cemara Tunggal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Usaha mencari dan menyelamat seorang pendaki wanita warga Brazil berakhir tragis apabila mayatnya ditemui pada Selasa, 5 hari selepas terjatuh ke dalam gaung di Kunung Rinjani, Lombok.
00:12Mangsa Juliana Marins, 27 tahun, tergelinci semasa mendaki di laluan Cemara Tunggal antara laluan berisiko pada ketinggian lebih 2,800 meter.
00:22Pasukan mencari dan menyelamat mengesan mayat Marins di kedalaman 600 meter dalam gaung namun evakuasi terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk dan cerun-curam.
00:34Operasi selama 5 hari itu berdepan kabus tebal, hujan berterusan sehingga penyelamat terpaksa berkemah di lokasi untuk menunggu keadaan cuaca pulih.
00:42Ketua Pasukan SAR Muhammad Hariyadi memaklumkan lebih 50 anggota penyelamat digerakkan dalam operasi yang disifatkan mencabar berikutan cerun-curam dan kedudukan lokasi yang sukar dicapai.
00:54Pasukan juga menggunakan teknologi drone bagi menyemak lokasi kejadian.
00:58Mayat Marins dibawa keluar pada pagi Rabu sebelum diterbangkan ke Hospital Bayangkara, Mataram untuk dipedah siasat.
01:05Gunung Rinjani yang terletak di Nusa Tenggara Barat merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.
01:12Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended