Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) menggesa Suruhanjaya Eropah supaya mengemukakan cadangan konkrit untuk menghentikan perdagangan EU dengan penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sembilan negara kesatuan Eropah EU menggesa suruhan jaya Eropah supaya mengemukakan cadangan konkret untuk menghentikan perdagangan EU dengan penempatan haram Israel di wilayah Palestine yang diduki.
00:12Perkara itu menurut sepucut surat yang dilihat oleh agensi berita Reuters pada Khamis.
00:18Surat yang dialamatkan kepada Ketua Dasar Luar EU Kerajaan Kales itu ditandatangani oleh Menteri Luar dari Belgium, Finland, Ireland, Lazenberg, Poland, Portugal, Slovenia, Spanyol dan Sweden.
00:30Kesatuan Eropah merupakan rakan dagang terbesar Israel mewakili kira-kira satu per tiga daripada jumlah keseluruhan perdagangan barang negara itu.
00:38Pada tahun lalu, perdagangan dua hala antara EU dan Israel berjumlah 42.6 bilion euro namun jumlah yang melibatkan penempatan haram tidak dinyatakan secara terperinci.
00:48Para menteri berkenaan merujuk kepada pendapat penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ yang dikeluarkan pada Julai 2024 yang menyatakan bahawa pendudukan Israel ke atas wilayah Palestine dan pembinaan penempatan di kawasan tersebut adalah menyalahi undang-undang antarabangsa.
01:04Mahkamah turut menegaskan bahawa negara-negara perlu mengambil langkah untuk menghalang sebarang bentuk hubungan perdagangan atau pelaburan yang membantu mengekalkan situasi tersebut.
01:12Dalam surat itu, para menteri berkata mereka masih belum melihat sebarang cadangan untuk memulakan perbincangan bagi menghentikan secara berkesan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan penempatan haram.
01:23Justeru mereka memerlukan suruhan jaya Eropah untuk membangunkan cadangan langkah-langkah konkret bagi memastikan pematuhan EU terhadap kewajipan seperti yang dikenalpasti oleh Mahkamah.
01:33Menteri Luar Belgium, Maxim Privo menegaskan bahawa dasar perdagangan EU perlu selaras dengan undang-undang antarabangsa.
01:39Jelasnya perdagangan tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab undang-undang dan moral.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended