00:00Percanggahan pendapat pemimpin Perikatan Nasional mengenai cukai barang dan perkhidmatan boleh memberi persepsi negatif terhadap kemampuan gabungan itu, kata penganalisis.
00:11Arif Aizuddin Azlan berkata gesaan pengurusi PN Muhyiddin Yassin supaya kerajaan mempertimbangkan semula GST pada kadar berpatutan, dilihat bercanggah pendirian Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham dan Ketua Penderangan PAS Ahmad Fadli Sha'ari.
00:29Terdahulu Hilman dan Fadli menerusi media sosial berkata bukan pembangkang meminta ia diperkenalkan semula, sebaliknya parti kerajaan seperti UMNO menjawab kritikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan polemik terhadap sistem percukaian itu dengan cukai jualan dan perkhidmatan.
00:47Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat percanggahan itu akan mengelirukan rakyat dan menunjukkan pembangkang seolah-olah tidak mengetahui secara meluas mengenai sistem percukaian.
01:00Sementara itu Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara mendakwa polemik PN berkait GST lebih kepada usaha meraih manfaat politik bukan bertujuan mahu mempertahankan mana-mana sistem percukaian.