00:00Yang Mak Bumak Perdana Menteri telah menegaskan, pertama Jemaah Menteri mengucapkan, merakamkan ucapan takziah buat semua keluarga, mangsa yang telah terkesan, bantuan telah diarah untuk disalurkan segera.
00:19Menteri Pendidikan Tinggi telah mengesahkan bahawa sekiranya ada di kalangan para pelajar yang merupakan penerima pinjaman PTPTN, maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman PTPTN mereka telah dilupuskan, dimaafkan.
00:40Jadi tidak ada isu melibatkan pinjaman PTPTN dengan 15 orang mangsa yang dimaksudkan.
00:48Dan Perdana Menteri juga telah mengumumkan, memaklumkan kepada Jemaah Menteri untuk diberikan bantuan tambahan kepada setiap keluarga mangsa sebanyak RM10,000.
01:03Dan arahan juga telah diberikan kepada Jabatan Peguam Negara untuk 10 kepada yang meninggal dan 5 kepada yang cedera.
01:14Manakala Perdana Menteri juga telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti aspek dari segi insuran untuk membantu keluarga mangsa bagi kenderaan yang dimaksudkan.
01:30Berbalik kepada isu kemalangan di Leboraya Timur Barat yang mengobankan 15 nyawa pelajar UPSI.
01:40Pertamanya, daripada siasatan kita, kita mendapati bahawa pemegang permit bas tersebut yang merupakan sebuah bas persiaran, dia ada dua permit.
01:49Satu, permit lesen daripada Kementerian Pelancongan untuk mengendalikan bas persiaran.
01:57Yang keduanya, permit kenderaan tersebut daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat.
02:02Pemilik permit tersebut sebenarnya tidak mengoperasikan bas tersebut.
02:07Daripada siasatan kita, kita mendapati bahawa pemilik ini telah memajakkan permit itu kepada terpati, kepada satu pihak lain dari Kelantan.
02:20Pemilik permit ini beralamat di Kedah tetapi dia memajakkan permit itu kepada seorang individu dari Kelantan.
02:28Dengan hanya RM500 sebulan.
02:32Kita hanya dapati perjanjian itu antara dua pihak ini hasil daripada siasatan kita.
02:38Ini telah melanggar syarat pemilik kenderaan.
02:43Dan kita juga dapati bahawa apabila diminta untuk mereka menyerahkan laporan GPS kenderaan tersebut,
02:51dia tidak dapat menyerahkan laporan tersebut kerana GPS tidak diaktifkan.
02:56Jadi ini dua syarat besar yang mereka telah langgar.
03:02Dan saya telah mengarahkan APAD, selepas surat tunjuk sebab, tamat tempohnya,
03:08permit untuk syarikat ini akan ditarik balik serta-merta.
03:12Akan dibatalkan serta-merta.
03:13Permit kepada ataupun lesen kepada pengendali ini.
03:17Dia ada beberapa buah bas yang lain.
03:19Jadi semua permit lain dan lesen pengendali itu akan dibatalkan serta-merta.
03:26Ini tak ada rayuan lagi.
03:28Walaupun dia ada proses rayuan yang boleh buat.
03:30Tetapi saya nak katakan, tidak akan dilayan rayuan dia.
03:34Akan dibatalkan serta-merta.
03:35Kerana ini menunjukkan kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.
03:41Yang pertamanya, dia melanggar syarat.
03:44Memajahkan permit dia.
03:46Perkara lain yang ingin saya maklumkan ialah, pagi tadi dalam mesyuarat Jemaah Menteri,
03:50kita juga telah bincang, isu pemandu cuai ini ataupun pemandu yang membawa tanpa tanggungjawab ini,
04:01perlu di tangan ini.
04:03Dan salah satu langkah yang akan diambil,
04:06ialah Kementerian Pengangkutan akan membina satu sistem pengkalan data.
04:11Semua pemandu-pemandu bas,
04:13sama ada bas ekspres, bas persiaran dan sebagainya,
04:16yang melibatkan orang awam, pengangkutan awam.
04:20Dan pengkalan data itu akan dibangunkan melalui agensi pengangkutan awam darat
04:25supaya mana-mana pemandu yang ada rekod lampau
04:33akan dapat disenarai hitamkan melalui pengkalan data tersebut.
04:38Sebab sekarang ini memang dalam sistem kita
04:41belum ada satu pengkalan data yang merangkumkan semua pemandu-pemandu ini.
04:46Kita hanya ada pelesinan.
04:49Tetapi sama ada mereka ada rekod atau tidak,
04:53syarikat-syarikat yang mengaji mereka,
04:55ataupun mengambil mereka sebagai pemandu,
04:57tidak ada rujukan.
05:00Jadi dalam sistem itu kadang-kadang mungkin seorang pemandu yang buruk itu,
05:04dia didapati tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik,
05:09dipecat daripada syarikat A,
05:11dia mungkin pergi ke syarikat B.
05:13Jadi dalam sistem, dalam pasaran,
05:14masih ada pemandu-pemandu yang kurang berwibawa ini.
05:18Jadi kita nak bangunkan satu pengkalan data
05:20berkenaan dengan pemandu-pemandu bas
05:22yang khususnya ada rekod-rekod lampau ini
05:26untuk menjadi rujukan kepada pengendali-pengendali
05:29dan juga syarikat-syarikat operasi.
Comments