Skip to playerSkip to main content
Najib gagal gugur tiga kes AMLA SRC RM27 juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM27 juta yang membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Permohonan itu ditolak selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Najib, 72 tahun, yang dikemukakan pada 31 Julai 2023.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi perbicaraan kes tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733179/berita/semasa/najib-gagal-gugur-tiga-kes-amla-src-rm27-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #SRC #NajibRazak #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan 3 kes pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta
00:09membabitkan dana SRC International Sendirian Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
00:16Permohonan itu ditolak selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara menolak representasi Datuk Seri Najib 72 tahun yang dikemukakan pada 31 Julai 2023.
00:30Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashruf Adrin Kamarul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi perbicaraan kes tersebut.
00:39Menurutnya, sebanyak 807 ekshibit dikemukakan dalam perbicaraan terdahulu berkaitan kes SRC melibatkan dana berjumlah RM42 juta.
00:49Beliau berkata, walaupun banyak ekshibit dikemukakan dalam perbicaraan tersebut, namun ia diperlukan semula untuk proseding kes berkenaan.
00:57Jelasnya, kali terakhir ekshibit berkenaan dirujuk adalah semasa perbicaraan SRC RM42 juta pada tahun 2020.
01:08Tambahnya lagi, pihaknya bersedia menghadapi perbicaraan itu tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan.
01:15Sementara itu, Peguam Tan Sri Muhammad Syafiq Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengulangi permohonan supaya anak guamnya diberi perintah dilepaskan tanpa dibebaskan, DNAA, bagi pertuduhan tersebut.
01:31Beliau berkata, memandangkan kes itu telah berlanjutan sejak 2019 dan penangguhan sudah menjangkau enam tahun,
01:38maka DNAA merupakan jalan terbaik untuk Datuk Seri Najib.
01:43Jelasnya, bagi mencapai keadilan, anak guamnya itu perlu diberi DNAA dan jika pihak pendakwaan sudah bersedia dengan semua dokumen berkenaan,
01:53mereka boleh memohon untuk menyemak semula perintah itu.
01:56Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak,
01:59Hakim K. Munyendi menetapkan 20 Jun ini untuk keputusan sama ada bekas Presiden UMNO itu akan diberi perintah DNAA atau perbicaraan akan diteruskan.
02:11Pada 3 Februari 2019, Datuk Seri Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil aktiviti haram
02:21melalui tiga akaun Ampri Water Banking miliknya di Amislamich Band Berhad,
02:26Bangunan Amban Group, Jalan Raja Culan pada 8 Julai 2014.
Comments

Recommended