00:01Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung komen media sosial atas inisiatif sendiri, sebaliknya hanya memulakan siasatan selepas menerima aduan rasmi.
00:15Perkara ini dijelaskan susulan tindakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan pengawal selia internet itu dan polis terhadap komen media sosial mengenai pemilihan PKR baru-baru ini.
00:29Rafizi mendakwa beberapa netizen yang memberi komen mengenai tinjauan tersebut telah didatangi oleh pegawai SKMM dan polis di mana telefon dan kad SIM mereka dirampas malah turut dimaklumkan bahawa mereka sedang disiasat walaupun menurut pandangannya mereka hanya berkongsi pandangan pribadi.
00:48Menjawab perkara itu timbalan pengarah urusan SKMM, Zurkarnain Muhammad Yassin berkata,
00:55Suruhanjaya itu mengambil tindakan berpandukan undang-undang dan rangka kerja kawal selia sedia ada, justru siasatan tidak boleh dimulakan sewenang-wenangnya.
01:05Beliau berkata, setiap tindakan yang diambil oleh SKMM berpandukan kepada maklumat yang telah disahkan dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
01:20bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan secara adil, telus dan dalam ruang lingkup mandat yang ditetapkan oleh undang-undang.