00:00Perpaduan berdasarkan sentimen Melayu semata-mata bukan lagi satu-satunya faktor penentu dalam meraih sokongan politik Melayu,
00:09kata pengarah Executive Ilham Centre, Isamuddin Bakar.
00:13Beliau berkata orang Melayu juga melihat kepada tabir urus, termasuk pengurusan ekonomi yang berkesan,
00:19integriti pentadbiran dan dasar yang memberikan kesan langsung terhadap kehidupan seharian rakyat.
00:24Beliau berkata demikian susulan pelancaran Pakatan Perpaduan Melayu Baharu oleh bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad
00:33yang diwujudkan sebagai satu perikatan longgar untuk menghimpunkan kuasa-kuasa politik Melayu yang berpecah belah di bawah satu payung besar.
00:43Syazah Syukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pakatan itu tiada matlamat jelas, malah masih belum menghuraikan tujuannya.
00:52Azmi Hassan daripada Ekermin Nusantara turut menjangkakan pakatan itu sukar membina momentum
00:59kerana tidak seperti zaman kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, tiada isu pendorong menyatukan parti-parti berasaskan Melayu.
01:08Terima kasih.