Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ucap tahniah sempena ulang tahun ke-67 TUDM, zahirkan penghargaan atas jasa mempertahankan ruang udara negara.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarit Sofia,
00:04mezahirkan ucapan tahniah sempena sambutan hari ulang tahun Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM ke-67.
00:12Ucapan tersebut ditujukan kepada seluruh warga serta veteran TUDM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi.
00:21Sultan Ibrahim selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ATM
00:25turut merakamkan perhargaan tertinggi terhadap komitmen anggota TUDM
00:29dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan ruang udara negara terus dipertahankan dengan penuh tanggungjawab.
00:36Baginda mendoakan agar TUDM terus maju dan unggul serta kekal disegani di peringkat serantau
00:42selain sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT
00:46dalam menjalankan amanah yang diamanahkan demi kepentingan negara.
00:51Sultan Ibrahim turut menyatakan penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam perkhidmatan
00:54dengan harapan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada yang dikasihi Allah.
01:02Ucapan dan titah berkenaan dimuat naik menurut silaman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
01:06sebagai tanda perhargaan seripaduka kepada jasa dan pengorbanan warga TUDM.
01:12Sambutan ulang tahun ke-67 TUDM tahun ini membawa tema kuasa udara perisai kedalatan negara
01:18yang mendekankan peranan penting TUDM dalam mempertahankan negara melalui kekuatan udara strategik.

Recommended