Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Penyelesaian dua negara merupakan satu kerangka penyelesaian yang dicadangkan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin, yang membayangkan penubuhan dua negara berasingan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tidak ada sebarang isu berhubung hasrat Presiden Prabowo Subianto untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel.
00:06Jurucakat Kementerian Luar Negeri, Rolian Shah Roy Somitrat menegaskan Indonesia bagaimanapun sentiasa berpegang teguh kepada penyelesaian dua negara.
00:17Memetik Jakarta Globe, Roy berkata penyelesaian dua negara merupakan satu kerangka penyelesaian yang dicadangkan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang membayangkan penubuhan dua negara berasingan.
00:29Sementara itu, Roy menegaskan kenyataan Prabowo itu juga tidak bermaksud bahawa Jakarta akan mengorbankan prinsip pro-Palestin semata-mata untuk faedah ekonomi.
00:39Malah tambahnya, Jakarta sudah tentu menolak jika Israel menawarkan kerjasama ekonomi sebagai syarat menjalinkan hubungan diplomatik.
00:47Ini kerana tambahnya, Israel masih belum dan perlu mengiktiraf kemerdekaan Palestine.
00:51Semasa kunjungan Presiden Perancis Emmanuel Pancone ke Indonesia baru-baru ini, Prabowo mendesak Israel mengiktiraf ke daulatan Palestine sebagai sebuah negara.
01:01Kata Prabowo, langkah tersebut akan membuka jalan Indonesia menjalinkan hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.
01:07Beliau pada masa sama menegaskan sokongan penyelesaian Indonesia terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Palestine-Israel.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended