Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk keluar daripada UMNO dilakukan sendiri, dan tanpa paksaan mana-mana pihak.
Transcript
00:00Keputusan Menteri Pelaburan, Pedagangan dan Industri Miti Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada UMNO dilakukan sendiri dan tanpa paksaan mana-mana pihak.
00:12Tengku Zafrul berkata, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkannya secara mendalam, termasuk hasrat untuk menyertai PKR.
00:22Mengenai desakan sesetengah pihak dalam UMNO agar beliau melepaskan jawatan menteri, Tengku Zafrul menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR.
00:36Menurut Tengku Zafrul, keputusan ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi beliau telah memikirkannya secara mendalam dan ia adalah pilihannya sendiri, bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
00:46Beliau amat menghargai mereka yang memahami haknya sebagai individu dalam memilih hal tujuh politiknya tersendiri.
00:53Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum berlepas untuk menunaikan ibadah haji bersama ahli keluarga.
01:01Pada Jumaat, Tengku Zafrul yang pernah memegang portfolio kewangan dan miti suatu era Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli malis kerja tertinggi, ketua UMNO bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
01:16Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahmad Zahid serta pimpinan dan rakan-rakan dalam UMNO yang banyak membantu serta memberi sokongan sepanjang beliau aktif dalam parti itu.
01:28Beliau memohon untuk berikannya ruang untuk fokus kepada ibadah haji bersama isteri dan keluarga.
01:33Beliau akan sentiasa mendoakan kesejahteraan negara dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Recommended