Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd menjangkakan peningkatan trafik sehingga 60,000 kenderaan sehari di Lebuhraya berkenaan sempena cuti perayaan Aidiladha.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Lebur Raya Pantai Timur, LPT 2 Senyar Berhad menjangkakan peningkatan trafik sehingga 60,000 kenderaan sehari di Lebur Raya berkenaan sempena cuti perayaan Aidil Adha.
00:11LPT 2 dalam kenyataan pada Sabtu maklumkan bahawa peningkatan jumlah kenderaan dijangka berlaku pada hari-hari puncak iaitu pada 5 dan 6 Jun setelah 8 dan 9 Jun depan.
00:21Sehubungan itu, LPT 2 Senyar Berhad menasihatkan pengguna yang akan pulang ke kampung atau bercuti di Pantai Timur untuk merancang perjalanan lebih awal.
00:32Dalam pada itu, LPT 2 Senyar Berhad memaklumkan pihaknya bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di Lebur Raya melalui beberapa inisiatif termasuk menyediakan jadual perjalanan digital MyPlus TTA menerusi aplikasi PLUS untuk membantu pengguna Lebur Raya merancang perjalanan lebih awal.
00:49Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi Lebur Raya secara serentak.
00:58Jelasnya untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPlus TTA, pengguna Lebur Raya boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS bagi memilih waktu perjalanan paling optimum bagi perjalanan di LPT 2 antara 5 hingga 10 Jun.
01:12Sementara itu, bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik di laluan utama Lebur Raya, tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di LPT 2 bermula 5 hingga 9 Jun ini, kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.
01:28Terima kasih telah menonton!