Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kementerian Kesihatan Indonesia mengeluarkan surat edaran bagi meningkatkan kewaspadaan terhadap Covid-19 susulan peningkatan kes dan penularan varian baharu seperti XEC, JN.1 dan LF.7 di negara jiran.
Transcript
00:00Indonesia meminta rakyatnya berwaspada susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Singapura.
00:10Menurut media Tempatan Kompas, Kementerian Kesehatan Republik itu telah mengeluarkan surat edaran berhubung langkah berjaga-jaga berhubung perkara berkenaan.
00:18Antara varian dominan yang sedang menular termasuk XEC dan JN1 di Thailand, LF7 dan NB18 di Singapura serta XEC di Malaysia.
00:33Bagaimanapun varian XEC yang kini merebak di Thailand masih belum dikesan di Indonesia.
00:38Pemangku Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit Murti Utami berkata surat edaran itu bertujuan meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap COVID-19.
00:48dan penyakit lain yang berpotensi mencetuskan kejadian luar biasa atau wabak.
00:54Meskipun berlaku peningkatan kes di negara jiran, situasi di Indonesia menunjukkan tren penurunan kes COVID-19.
01:01Pada minggu ke-20, jumlah kes menurun kepada 3 kes berbanding 28 kes pada minggu sebelumnya.
01:09Susulan itu, Kementerian Kesehatan menggesa fasiliti perkhidmatan kesehatan,
01:13mempertingkat pemantauan dan pelaporan melalui sistem kewaspadaan dini dan respon,
01:20antara lain memperkukuh protokol pencegahan jangkitan.

Recommended