Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang askar Kemboja maut pada 28 Mei dalam kes tembak-menembak dengan tentera Thai di sempadan, menurut jurucakap tentera Kemboja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Panglima tentera Thailand dan Kemboja telah bertemu pada 29 Mei selepas insiden seorang askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran di sempadan.
00:10Perdana Menteri Thailand, Pertuan Tan Sinawat pada Khamis memberitahu kedua-dua pihak perlu bertenang dan berbincang untuk melihat apa yang boleh dipersetujui dan menggesa perbincangan secara aman.
00:20Rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dalam catatan di Facebook berharap pertemuan antara dua komanda tentera akan membuahkan hasil positif.
00:31Menteri Pertahanan Thailand, Phun Tham Weichaya Chai memaklumkan kepada wartawan perbincangan itu akan diadakan pada petang 29 Mei sambil menambah terdapat salah faham daripada kedua-dua pihak.
00:43Seorang askar Kemboja dilaporkan maut pada 28 Mei dalam kes tempat menembak dengan tenter Thai di sempadan.
00:49Kematian itu disifatkan sebagai satu kejadian jarang berlaku di sepanjang sempadan yang sensitif itu.
00:55Ia berlaku selepas pemimpin Kemboja dan Thailand menghadiri sidang kemuncak ASEAN di mana gabungan serantau itu berjanji untuk meningkatkan kerjasama.
01:04Tentera Thailand berkata pada 28 Mei, askar mereka melepaskan tembakan sebagai tindak balas kepada tembakan dari pasukan sempadan Kemboja.
01:12Ia menyebabkan pertempuran selama kira-kira 10 minit sebelum tentera Thailand berkata,
01:19pihak Kemboja meminta gencatan senjata.
01:22Juru cakap tentera diraja Kemboja mahu pahala mengesahkan kejadian itu pada 28 Mei tapi berkata,
01:28askar Thailand menyerang tentera Kemboja yang sedang melakukan rondaan di wilayah Priya Vriya Utara.
01:34Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih telah menonton!
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended