Dr. Surakiart menekankan bahawa tahun 2025 adalah kritikal untuk keamanan Myanmar dan menyeru agar dialog inklusif diadakan sebelum pilihan raya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof. Dr. Surakyat Satyirathai menyeru agar kepimpinan tentera Myanmar dan semua kumpulan penentang segera menamatkan konflik bersenjata yang berlarutan.
00:13Langkah tersebut bagi mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih dahsyat.
00:17Beliau menegaskan proses damai yang tergendala ditambah dengan bencana gempa bumi baru-baru ini telah menghukum jutaan rakyat Myanmar yang tidak bersalah.
00:24Dr. Surakyat menekankan bahawa tahun 2025 adalah kritikal untuk keamanan Myanmar dan menyeru agar dialog inklusif diadakan sebelum pilihan raya.
00:37Sekurang-kurangnya 3.5 juta orang telah dipindahkan akibat konflik bersenjata, manakala gempa bumi pada masa lalu meragut lebih 3,800 nyawa.
00:46Menurut Plan Keperluan dan Tindak Balas Kemanusiaan Myanmar 2025, seramai 15.2 juta orang, satu daripada empat penduduk dijangka menghadapi kebuluran tahun ini.
00:59Genjata senjata semasa yang diisytiharkan junta untuk memudahkan usaha bantuan pasca gempa bumi yang akan tamat pada 31 Mei.
01:06Dalam masa sama, Dr. Surakyat berkata konsensus lima perkara yang dipersetujui pemimpin ASEAN pada April 2021 belum dilaksanakan sepenuhnya.
01:17ASEAN dalam sinar kemuncak ke-46 yang diadakan di Kuala Lumpur minggu ini menggesa Myanmar untuk kembali komited kepada konsensus lima perkara sebagai kerangka utama penyelesaian krisis.
01:28Terima kasih kerana menonton!