00:00Subsidi menyeluruh di Malaysia menguntungkan isi rumah bandar yang lebih kaya
00:06sekaligus melebar jurang antara komuniti bandar dan luar bandar
00:10kata seorang ahli ekonomi
00:12Pencarakanan Universiti Melayu Goh Limtai berkata
00:16subsidi menyeluruh bersifat regresif
00:19kerana ia menggunakan faedah seunit yang sama kepada semua orang
00:23tanpa mengira tahap pendapatan atau lokasi
00:25Katanya isi rumah yang menggunakan lebih banyak bahan api
00:29elektrik atau barangan bersubsidi lain
00:32pasti menerima bahagian subsidi lebih besar
00:35Goh menyatakan data Kementerian Kewangan dari 2022 mengesahkan jurang itu
00:41dengan 20% isi rumah teratas menerima lebih 50% subsidi bahan api
00:47manakala 40% isi rumah terbawah hanya menerima 13%
00:52Isi rumah luar bandar biasanya menggunakan sedikit disebabkan pendapatan lebih rendah
00:59Mereka juga mungkin menghadapi batasan infrastruktur
01:01atau akses utiliti tidak konsisten yang boleh melambatkan atau menghalang kemasukan mereka dalam program subsidi
01:09Goh menekankan bahawa Indonesia menghadapi isu serupa sebelum melaksanakan pembaharuan pada tahun 2014
01:17dan kemudian sokongan bersasar kepada isi rumah berpendapatan rendah terbukti lebih berkesan
01:24Beliau berkata bagi memastikan kejayaan subsidi bersasar di Malaysia
01:29kerajaan perlu mengemaskini pangkalan data
01:32menyediakan capaian mudah alih ke kawasan pedalaman
01:35serta menawarkan pilihan pendaftaran yang mudah diakses
01:39di samping pelaksanaan reformasi
01:41seperti sumbangan tunai rahmah dan perubahan subsidi diesel
01:46Zaro Alamiya, Syahir, FMT
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments