Sugandoi, petandingan nyanyian tradisi adalah antara nadi utama dalam Pesta Kaamatan yang berperanan memelihara lagu-lagu rakyat yang mengangkat bahasa ibunda yang kian terpinggir.
00:00Setiap tahun pada bulan Mei, negeri di bawah bayu bergema dengan irama tradisi, warna-warni budaya dan semangat perpaduan yang tidak pernah layu.
00:11Pesta Keamatan bukan sekadar perayaan menuai padi, ia adalah manifestasi rasa syukur, penghormatan kepada semangat padi dan lambang jati diri masyarakat Kadazan Dusun, Murud, Rungus dan Lundayeh.
00:25Diraihkan pada 30 dan 31 Mei, Keamatan menampilkan acara kebudayaan seperti tarian Sumazaw, pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoy yang menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara.
00:41Sugandoy, pertandingan nyanyian tradisional adalah antara nadi utama dalam pesta Keamatan.
00:47Ia bukan sekadar menonjolkan bakat vokal peserta, tetapi berperanan dalam memelihara lagu-lagu rakyat serta mengangkat bahasa ibunda yang kian terpinggir.
00:59Pertandingan ini menampilkan penyertaan dari seluruh daerah melalui peringkat suku akhir, separuh akhir hinggalah kepentas akhir yang penuh gilang-gemilang.
01:08Di peringkat daerah, menerusi penyertaan di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di BKK, ia mendapat sambutan positif menunjukkan sokongan generasi muda memartabat seni warisan.
01:22Budaya merupakan jati diri ataupun melambangkan satu imej kepada mana-mana etnik.
01:31Jadi tanpa budaya itu kita akan kehilangan identiti dan budaya itu merupakan satu aset kepada publik khususnya yang majoriti meluduki di dalam satu-satu tempat itu.
01:44Jadi dengan demikian, kita mempunyai imej sendiri, kita mempunyai budaya dan kita bangga sebagai orang kita sendiri, sebagai sabahan.
01:53Dan ini menjadi pemangkin dan menjadi tarikan saya fikir bagi masyarakat dunia luar untuk mengenali masyarakat kita khususnya di Sabah.
02:05Dalam usaha memacu pembangunan negeri, Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Halatuju Sabah Maju Jaya, SMJ.
02:13Di bawah teras pembangunan modal insan, penekanan diberikan kepada pemeliharaan budaya dan warisan tempatan.
02:22Melalui pendekatan holistik ini, Sabah berusaha memastikan pembangunan fizikal berjalan seiring dengan pemeliharaan identiti budaya yang unik dan bernilai.
02:33Jadi begitulah kami cuba melestarikan kebudayaan ataupun budaya daripada suku kaum Kedazan Dusun Murud melalui pakaian tradisi,
02:45melalui pelestarian bahasa etnik yang pelbagai, kita kaya dengan etnik.
02:51Dan ini merupakan juga salah satu tarikan kepada dunia yang saya fikir etnik yang ada di Sabah sangat unik.
03:03Di Pentas Ugandoi, kita bukan hanya mendengar alunan lagu, tetapi menjadi saksi denyut nadi warisan yang terus hidup.
03:11Setiap baik lirik, setiap nada yang dilantunkan adalah cerminan jiwa dan identiti masyarakat Sabah.
Be the first to comment