Selepas gagal dalam permohonan untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Selasa lalu, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan berdepan keputusan besar oleh mahkamah, esok.
00:00Selepas gagal dalam usaha menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah berkait kes penyelewengan dana RM42 juta, milik SRC International Sina Berhad, Datuk Seri Najib Turazak sekali lagi bertepan detik penentuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual menyampaikan keputusan kes One Malaysia Development Berhad esok.
00:20Keputusan itu menandakan penamat kepada perbicaraan kedua berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan yang berlangsung selama tujuh tahun.
00:32Mahkamah akan memutuskan sama ada Najib yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Keuangan disabitkan atau dibebaskan daripada empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB
00:48serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
00:52Tarikh keputusan ditetapkan oleh Hakim Dato' Colin Lawrence Sekirah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan selepas proseding hujahan di akhir kes pembelaan di Istana Kehakiman pada 31 Oktober lalu.
01:04Sekiranya, Mahkamah mendapati pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Syafiq Abdullah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendawaan Najib akan dibebaskan serta-merta.
01:13Namun, pihak pendawaan masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
01:20Sebaliknya, jika keputusan memihak kepada pendawaan, Najib akan disabitkan dan dijatuhkan hukuman dengan hak untuk merayu keputusan itu.
01:28Kes ini menyaksikan pembelaan menutup kes pada 6 Mei lalu selepas memanggil 26 saksi sepanjang 58 hari proseding bela diri.
01:36Secara keseluruhan, perbicaraan mengambil masa 293 hari dengan Mahkamah Tinggi mendengar keterangan 50 saksi pendawaan dan 26 saksi pembelaan.
01:46Najib didakwa pada 20 September 2018 manakala perbicaraan di peringkat pendawaan bermula pada 28 Ogos 2019 dan berakhir pada 30 Mei 2024.
01:56Mahkamah kemudian memerintahkan beliau membela diri pada 30 Oktober 2024 dengan proseding bela diri bermula 2 Desember 2024 hingga 6 Mei 2025.
02:07Beliau berdepan petuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dana YMDB serta pergubahan wang haram yang didakwa berlaku melalui akaun di cawangan M.Islamic Bank Berhad dalam Raja Cunlan antara 2011 hingga 2014.
02:20Jika sahabat kesalahan, Najib boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda berat selain hukuman tambahan bagi petuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Amla.
02:30Sepanjang perbicaraan, beberapa saksi penting dipanggil termasuk bekas pengelusi YMDB, Tan Sri Muhammad Baki Saleh, bekas ketua pegawai eksekutif YMDB, Datuk Syarul Azral Ibrahim Halmi, bekas gubernur Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akta Aziz, serta bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hua.
02:50Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana SRC International.
02:59Hukuman penjara beliau dikurangkan daripada 12 tahun kepada 6 tahun oleh lembaga pengampunan manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta.
Be the first to comment