Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Ahmad Karami Lebai Yunus mendakwa kenyataan terbaharu Pengerusi KPF, Datuk Mohd Banuri Aris memperlekeh kebijaksanaan anggota dan mengelirukan isu tunggakan bayaran jualan saham.
Transcript
00:00Baik bersama kembali, Wakil Pelabur dan Penyelaras Gegar KPF Ahmad Karami Lebayunus menegaskan kenyataan terbaharu
00:09Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad KPF, Datuk Muhammad Banuri Aris dilihat memperlekeh kebijaksanaan dan mengelirukan isu sebenar berhubung tunggakan bayaran jualan saham.
00:22Ahmad Karami dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan pihaknya tidak pernah mendakwa modal share boleh dikeluarkan seperti akaun bank.
00:30Sebaliknya, menegaskan isu sebenar ialah kegagalan pembayaran jualan saham dan dividen.
00:38Menurut Ahmad Karami, permohonan telah dibuat, diproses dan diduluskan namun bayaran gagal dibuat dalam tempuh menasabah.
00:46Dia malah menyifatkan hujah Muhammad Banuri seolah-olah ahli koperasi tidak memahami perbezaan asas kewangan dilihat sebagai merendahkan kebijaksanaan ahli.
00:56Ahmad Karami menjawab kenyataan Muhammad Banuri yang memberitahu KPF merupakan entiti koperasi pelaburan bukan bank bermakna urusan pengeluaran dana tidak boleh dibuat secara bebas atau serta-merta seperti akaun simpanan bank.
01:10Pada selasa, kira-kira 100 pencarum KPF berhimpun di perkarangan Balai Felda berzahirkan kekecewaan berhubung pembayaran jualan saham dan dividen yang masih belum dilunaskan selepas dua tahun.
01:23Dalam pada itu, Ahmad Karami turut mempersoalkan dakwaan wujud aturan baharu yang menghadkan pengeluaran modal share kepada enam kali sepanjang keanggotaan dan sekali setahun.
01:33Dia menegaskan, sebarang perubahan hak anggota mesti melalui pindahan undang-undang kecil UUK yang sah, diluskan mesyuarat agung, dipersetuju anggota dan didaftarkan dengan suruhan jaya Koperasi Malaysia SKM.
01:47Ahmad Karami turut menolak naratif bahawa tuntutan bayaran hanya dibuat oleh anggota tidak setia.
01:52Sebaliknya menegaskan, ramai anggota yang menuntut adalah pelabur lama yang kini memerlukan wang untuk kelangsungan hidup dan rawatan kesihatan.
02:00Sehubungan itu, Ahmad Karami menuntut KPF mengumumkan jadual bayaran tertunggak yang jelas dalam tempoh 14 hari,
02:07menedahkan status pindaan UUK, menghentikan kenyataan memperleki anggota serta mendesak ketua pegawai eksekutif KPF, Sakina Saleh, meletakkan jawatan.
02:17Tambahnya lagi, jika tuntutan ini tidak dilaksanakan, para anggota yang terdiri daripada warga Felda tidak akan teragak-agak
02:25untuk melancarkan satu lagi piket secara besar-besaran kerana kesabaran ahli KPF telah sampai ke hadnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended