00:00Enam lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan dituduh di Mahkamah Session di Seremban
00:05pada rabu atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 17,232 kg gas petroleum cecair LPG secara haram hujung bulan lalu.
00:16Bagaimanapun, hanya tertuduh warga tempatan Chong Mingfei, 28 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Hazilya Muhammad selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:27Tiada pengakuan diambil daripada enam warga Myanmar, Min Min, Tartun, The In Then O, Aung Min Tun, Kiatu Ya dan Miu Tu Tet berikutan mereka tidak memahami bahasa Melayu.
00:39Mengikut pertuduhan, semua tertuduh dengan niat bersama telah ada dalam milikan mereka barang kawalan iaitu 17,232 kg LPG dengan perbuatan mengilang LPG tanpa lesen.
00:52Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 9 malam di sebuah premis di Jalan Lombong Emas, kawasan industri ringan Jalan Tun Dr. Ismail di Seremban, 30 April lalu.
01:04Kesemua tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21 Kurungan 1 Akta Sama.
01:16Sabit kesalahan bagi individu boleh dihukum denda tidak lebih 1 juta ringgit atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya.
01:25Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan dalam Negeri KPDN, Putrajaya, Salim Wahid memohon jaminan RM30,000 bagi lelaki tempatan dan tidak menawarkan jaminan terhadap semua warga Myanmar.
01:38Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri setiap bulan di Pejabat KPDN Seremban serta menyerahkan pasport.
01:50Sebutan semula untuk jurubahasa bagi warga Myanmar dan serahan dokumen serta laporan kimia pada 5 Jun depan.
01:57Terima kasih kerana menonton!
Comments