Jasad wartawan veteran Sarawak James Alexander Ritchie yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas selamat disemadikan dalam upacara pembakaran tertutup di Nirvana Memorial Park di Siniawan pada Selasa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana jasad wartawan veteran Sarawak, James Alexander Ritchie yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas, selamat disemadikan dalam upacara pembakaran tertutup di Nirvana Memorial Park di Pau.
00:13Sebelum upacara persembadian itu, upacara sembahyang diadakan di gereja St. Thomas di Kuching. Dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, rakan karib dan rakan wartawan.
00:24Teruk memberikan penghormatan yang di Pertua Negeri Sarawak, Tuan Dr. Wan Junaidi Tuan Kujakfar yang juga sahabat karib yang bekerja sama dengan Mendiang dalam beberapa penerbitan buku.
00:38Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun di Hospital Umum Sarawak pada 11.40 pagi Sabtu dan meninggalkan seorang isteri Tan Lee Fong, seorang anak perempuan dan seorang cucu perempuan.
00:50James dikenali dengan karya-karya mendalamnya yang menyentuh isu budaya, sejarah dan perjuangan masyarakat peribumi, kini menjadi sebahagian daripada sejarah yang beliau sendiri pernah tulis.
01:03Dilahirkan pada 26 Jun 1950 di Pulau Pinang, Mendiang berpindah ke Sarawak pada tahun 1963 ketika bapanya, Datuk Seri John Ritchie, dilantik sebagai pesuruh jaya Polis Sarawak yang pertama.
01:17Mendiang memulakan kerjayanya pada tahun 1971 sebagai wartawan akhbar New Straits Times dan ditempatkan di meja sukan dan jenayah sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan membuka Biruh Sarawak.
01:29James kemudian aktif menghasilkan buku termasuk Sarawak Sport Powerhouse, Pujang Senang, Bruno Manza, Taib, Dalam Berita dan Tun Ahmad Zaidi, Anak Sarawak.
01:39Sebagai mengiktiraf sumbangannya kepada dunia kewartawanan negara, James tahun lalu diberi kehormatan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional Hawana 2024 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.