Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6 days ago
Menara Jam atau Clock Tower menjadi satu lagi tarikan ke Mekah, selain menjadi pusat ibadat bagi seluruh umat Islam di dunia.

Sebagai pusat kajian astronomi dan lokasi melihat Kaabah dari pemandangan atas.
Transcript
00:00Mekah bukan lagi sekadar tempat beribadat bagi seluruh umat Islam di dunia.
00:07Ada satu lagi daya tarikan yang menjadi wajib dikunjungi iaitu Menara Jam atau Clock Tower.
00:13Terletak betul-betul di hadapan Masjidil Haram, menjadikan ia lokasi strategik.
00:18Apa yang menarik Menara Jam ini?
00:20Laporan Jejak Al-Haramain kali ini memberi tumpuan kepada Menara Jam dengan ketinggian 607 meter
00:26sehingga boleh dilihat dari semua arah sekitar kota Mekah.
00:32Menara Jam ini siap dibina pada tahun 2011 sekaligus menjadi menara tertinggi di dunia.
00:39Memiliki empat muka jam berwarna hijau di setiap sisi.
00:43Tapi paling menarik ialah muzium empat tingkat yang terletak di tingkat paling atas menara.
00:49Di muzium ini, sambil melihat video, pengunjung didengarkan bacaan surah Al-Quran
00:55berkaitan alam semester, khususnya bimah sakti, matahari dan bulan.
01:01Ini memudahkan pengunjung merasai sendiri kebesaran Tuhan.
01:06Muzium ini terletak di tingkat 70, The Clock Tower.
01:10Ia dipanggil Museum Clock Tower.
01:13Dan di sini terdapat pelbagai maklumat tentang bulan, angkasa, bumi.
01:20Jadi bagi mereka yang ada menjadi penggemar ataupun pengkaji tentang sains angkasa,
01:26ini adalah tempat terbaik untuk mereka datang.
01:29Muzium ini juga dijadikan pusat penyelidikan astronomi bagi pengkaji seluruh dunia negara Islam.
01:36Menara Jam ini pernah terbabit dalam penemuan bintang merah yang kecil
01:40dengan tujuh planet dan atmosferanya mengandungi oksigen, nitrogen dan air.
01:46Paling menarik, di bahagian Balkani, pengunjung dapat melihat Kaabah
01:51dari tingkat 70 ketika umat Islam melakukan tawaf.
01:55Pengunjung seolah-olah burung yang berlegar memandang ke arah Kaabah.
01:59Oleh itu bukan sesuatu yang mustahil sekiranya pengurusan Menara Jam
02:03dapat mencapai sasaran 3 juta pelawat setiap tahun, terutama pada musim haji.
02:08Dan daripada jumlah itu, dianggarkan 10,000 ke 40,000 pengunjung datangnya dari Malaysia dan Indonesia.

Recommended