Greece digegarkan oleh gempa bumi kuat berhampiran Pulau Crete dan Santorini awal pagi Khamis, menyebabkan beberapa kerosakan kecil dan mencetuskan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada penduduk di lima negara termasuk Turki, Itali, Perancis dan Portugal.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud dilapor melanda kawasan laut berhampiran Pulau Crete dan Santorini pada pagi Kamis.
00:10Menurut pihak berkuasa Athens, gempa pada jam 6.19 pagi waktu tempatan itu dikesan berpusat 56km di utara Neapolis di pesisir timur Crete pada kedalaman 69km.
00:23Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan serta beberapa pulau di Laut Aegean dan bahagian daratan Greece, termasuk Athens.
00:35Beberapa bangunan turut mengalami kerosakan kecil termasuk serpihan yang jatuh dari struktur dan tanah runtuh kecil di jalan-jalan luar bandar.
00:42Sejurus selepas kejadian, pihak berkuasa Greece mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di Greece, Turki, Itali, Perancis dan Portugal.
00:51Untuk rekod, Greece sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di persimpangan plat tektonik Afrika dan Eurasia.
00:58Terima kasih.
00:59Terima kasih.