Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai "sangat penting" untuk memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
Transcript
00:00Delegasi Hamas yang diketuai pemimpin kanan Khalil Al-Hayah bersetuju membebaskan semua tebusan menurut sumber keselamatan Mesir.
00:08Persetujuan itu yang dicapai di Kahirah pada Sabtu adalah sebagai petukaran untuk gencatan senjata selama 5 tahun.
00:18Sumber itu menyifatkan rundingan tersebut sebagai sangat penting bagi memajukan usaha menamatkan perang di Gaza.
00:23Kata sumber itu lagi, delegasi Hamas menerima cadangan gencatan senjata selama 5 tahun selepas mengkaji pelbagai tawaran.
00:31Menurut laporan Reuters, takat ini Israel tidak secara rasmi menjawab sebarang cadangan.
00:36Bagaimanapun, rejib itu telah memberi lampu hijau untuk rundingan diteruskan mengenai pembebasan tebusan.
00:41Pada Sabtu, Times of Israel memetik pasukan pertahanan Israel sebagai berkata,
00:45jika rundingan antara Israel dan Hamas menerima jalan buntu, tentera Israel bersedia meluaskan serangan terhadap Hamas di semenanjung Gaza.
00:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended