Siapa wakil rakyat DUN Ayer Kuning yang baharu?
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, seramai 31,315 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil PRK Dewan Undangan Negeri Dun Air Kuning akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat hari ini selepas tamat 14 hari tempoh berkempen.
00:14Sebanyak 19 pusat pengundi membabitkan 63 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tohtan Dewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.
00:26Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Merdeka di Tapah.
00:32Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Metologi Malaysia, cuaca cerah diramal pada sebelah pagi menekali ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.
00:39PRK Dewan Air Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon barisan nasional Dr. Muhammad Yusri Bakif, calon perikatan nasional Abdul Mohamin Malik dan Bawani KS Parti Sosyalis Malaysia.
00:51Muhammad Yusri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesung menekali Abdul Mohamin di SK Air Kuning dan Bawani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peng Lok.
01:00Selasa lalu sebanyak 93.4% daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.
01:09Pada PRK itu, 601 petugas Ruhanjaya Pilihan Raya dan 1,114 anggota polis akan bertugas bagi membantu melancarkan proses pengundian.
01:19PRK Dewan Air Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Isyam Syahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak empat penjuru di Stadium Bandar Raya Georgetown, Pulau Pinang.
01:30Pada Pelan Raya Umum ke-15 November 2022, Isyam yang juga Ketua UMNO bahagian TAPAH menangi kerusi dun Air Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
01:42Air Kuning ialah satu daripada dua dun bawah Parlimen TAPAH.
01:45Ini adalah PRK ke-11 selepas PRU-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu, PRK Dun Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai, PRK Dun Pelangai, PRK Dun Jepak, PRK Parlimen Kemaman, PRK Dun Kuala Kubu Baharu, PRK Dun Sungai Bakap, PRK Dun Nenggiri dan PRK Dun Mahkota.